Kisah Wafatnya Rasulullah SAW

KISAH WAFATNYA RASULULLAH SAW. 

HARI TERAKHIR DALAM HAYAT BAGINDA

Anas bin Malik meriwayatkan katanya: Sekalian kaum muslimin yang sedang bersolat Subuh

di belakang Abu Bakr di hari Isnin itu dikejut oleh kemunculan Rasulullah dari sebelah tabir bilik Aisyah sedang jemaah bersembahyang. Baginda melihat dan memberi senyumannya, AbuBakr  pun  berundur  ke  belakang  untuk  menyertai  saf  di  belakang,  kerana  beliau  menyangka Rasulullah  hendak  keluar  bersembahyang.  Kata  Anas  lagi:  Hampir-hampir  sidang  jemaah terpesona  dengan  solat  mereka  kerana  gembira  melihat  Rasulullah  (s.a.w)  namun  Baginda memberi  isyarat  kepada  mereka  supaya  meneruskan  sembahyang.  Lepas  itu  Baginda melepaskan tabir dan masuk ke dalam. Selepas itu Rasulullah (s.a.w) tidak berkesempatan lagi untuk bersembahyang lima waktu yang lain. Semasa siang semakin cerah Rasulullah (s.a.w) menjemput Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu, menyebabkan beliau menangis, lepas itu Baginda memanggil Fatimah dan membisik kepadanya  sesuatu  menyebabkan  Fatimah  tersenyum,  kemudian  Aisyah  berkata:  Kami  pun bertanya  apa  ceritanya?.  Jawab  Fatimah:  “Baginda  membisik  bahawa  Allah  akan menjemputnya melalui sakit yang Baginda alami ini, itulah yang membawa aku menangis, pada kali  kedua  Rasulullah  (s.a.w)  membisikkan  bahawa  daku  ahli  keluarganya  yang  diwafatkan Allah selepas Baginda, itulah yang menyebabkan daku tersenyum”. Selain  dari  itu  Rasulullah  (s.a.w)  juga  memberi  khabar  gembira  (tabsyir)  kepada  Fatimah bahawa beliau adalah Syayyidah Nisa’ al-’Alamin (Penghulu Wanita Dunia). Fatimah melihat beban kesakitan terlalu berat dialami oleh Rasulullah (s.a.w). Beliau berkata: “Alangkah berat siksa bapa”. Jawab Rasulullah (s.a.w): “Tiada siksa lagi bagi bapamu selepas hari ini”. Di saat ini Rasulullah (s.a.w) memanggil al-Hasan dan al-Husain dan Baginda mencium kedua-duanya  sambil  berwasiat  kepada  mereka  berdua  dengan  kebaikan,  kemudian  Rasulullah menjemput isteri-isterinya, menasihati dan memperingatkan mereka.

Kesakitan semakin bertambah, dan kesan racun yang Baginda termakan di hari Khaibar boleh dilihat,  menyebabkan  Rasulullah  berkata:  “Wahai  Aisyah  kini  aku  masih  terasa  sakit  kesan makanan di hari Khaibar dahulu, inilah masanya aku mendapati nafas ku sesak terputus-putus kerana kesan racun itu”. Rasulullah mewasiatkan orang ramai dengan sabdanya: “Solat, solat dan  berbuat  baiklah  kepada  hamba  sahaya  milik  kamu”.  Baginda  mengulangi  ungkapan  ini berkali-kali.

NAZAK

Saat  nazak  mendatangi  Rasulullah  (s.a.w),  dan  Aisyah  bertindak  membiarkan  Rasulullah (s.a.w) bersandar kepadanya. Hal ini beliau ceritakan dengan katanya: “Sebenarnya di antara nikmat anugerah Allah ke atas ku di mana Rasulullah meninggal di rumahku, di hari giliran ku di  antara  dada  dan  leherku,  dan  mencantumkan  di  antara  liur  ku  dan  liur  Baginda  semasa kewafatan Baginda. Sebelum itu Abdul al-Rahman bin Abu Bakr telah masuk ke bilik beliau dengan  memegang  kayu  suginya,  dan  aku  membiarkan  Rasulullah  (s.a.w)  bersandar,  kulihat Rasulullah  (s.a.w)  memerhati  ke  arahnya,  ku  sedar  bahawa  Rasulullah  (s.a.w)  suka  dan hendakkan  siwak  (sugi)  tersebut.  Justeru  aku  bertanya:  Mahukah  ku  ambil  untukmu Rasulullah? Rasulullah (s.a.w) pun mengangguk kepalanya, kemudian ku berikan siwak kepada Baginda,  tetapi  ianya  keras  sedikit  dan  ku  berkata:  Biarkan  ku  lembutkannya?  Baginda menganguk  kepalanya,  dengan  itu  ku  pun  melembutkannya,  maka  Rasulullah  (s.a.w)  pun bersugi dengannya”. Dalam satu riwayat lain bahawa Baginda bersugi dengan sepuas-puasnya, pada  masa  itu  terdapat  sebuah  bijana  di  hadapan  Rasulullah  berisi  air  di  mana  Baginda memasukkan tangannya untuk menyapukan air ke mukanya sambil berkata yang bermaksud:”Sebenar kematian ini ada sakarahnya” – al-Hadith. Tidak  berapa  lama  selepas  Baginda  selesai  menyugi  giginya,  Rasulullah  pun  mengangkat tangannya  ke  langit  atau  jarinya  diikuti  dengan  renungan  matanya  ke  atas,  disusuli  dengan gerakan bibirnya. Aisyah telah mendengar ungkapan terakhir yang dilafazkan oleh Rasulullah (s.a.w) seperti berikut : Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin, syuhada’ dan salihin, Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah daku dan kasihanilah daku, letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi. Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu turun ke bawah, maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi. “Sesungguhnya kita inibagi Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita semua kembali”.

Peristiwa kewafatan Rasulullah ini berlaku ketika pagi sudah meningkat di hari Isnin dua belas (12) Rabiulawwal tahun kesebelas (11) Hijrah di waktu usia Rasulullah genap enam puluh tiga (63) tahun dan empat (4) hari.

 
Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dbunuh kamu berbalik kebelakang ( murtat )?

وَما مُحَمَّدٌ إِلّا رَسولٌ قَد خَلَت مِن قَبلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِي۟ن ماتَ أَو قُتِلَ انقَلَبتُم عَلىٰ أَعقٰبِكُم ۚ وَمَن

يَنقَلِب عَلىٰ عَقِبَيهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيـًٔا ۗ وَسَيَجزِى اللَّهُ الشّٰكِرينَ

Artinya :
Barang siapa yang berbalik kebelakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur ( Ali Imran ayat 144).

YAA NABI SALAAM ‘ALAIKA , YA RASUL SALAAM ‘ALAIKA, YA HABIIB SALAM ‘ALAIKA, SHOLAWATTULLAH ‘ALAIKA

 

49 comments on “Kisah Wafatnya Rasulullah SAW

    • rosullulloh meninggalkaan contoh prilaku2 yg alloh inginkan,maka jka kita ingin menjadi pengisi surga maka berbuatlah seperti prilaku rosullalloh karena keridoan alloh telah d contohkan oleh rosullalloh

  1. Ping-balik: Very Inspiring Blogger Award | Ajaytao 2010

  2. Ping-balik: Kisah Wafatnya Rasulullah SAW | Catatan Harian

  3. Sungguh mengharukan kisah ini dan tidak bosan untuk mengulang membaca. Karena diri setiap manusia pasti akan mengalaminya, entah kapan waktunya. Semoga kita semua dalam menyelesaikan tugas di dunia yang fana ini kelak, mendapat predikat akhir yang baik.

  4. Sungguh sangat bermurah hati Rosululullah SAW…. Subhanallah…. Disaat sedang sakaratul maut hanya umatnya yang selalu diingat dan bahkan kesakitan sakaratul maut rela menanggungnya untuk umatnya. Subhanallah… Allahuakbar.

  5. Ping-balik: Kisah Wafatnya Rasulullah SAW | Teras Rumah

  6. Subhanallah walhamdulillah walaillahaillah wallahuakbar
    lahaula walakuata illabillahil aliyul ajim…

    begitu cintanya baginda kita rosullah saw kepada kita selaku umatnya,Mudah-mudahan kita semua dipertemukan oleh allah dengan beliaw dan kita mendapatkan safaatnya.

    • Thanks for reading, may be little change in meaning when using a translation, but a staple of the event or the wisdom of the story / the real story is:
      1. That Muhammad was only a Prophet and not God, in Islam often call: “There is no god but Allah”
      2. and the Prophet Muhammad. told us: “Keep praying and sympathize weak people among you (Ummah of Muhammad).”

      Best wishes always

  7. The translation was a bit sticky, but I think I understood this story – or parable. Still, I got to appreciate it. Cheers :)

  8. Mohon penulis rujuk semula kitab2 yg berkenaan dengan kisah hidup nabi. Mohon rujuk semula cerita sebenar di kitab Raheeq al makhtum. Nabi muhammad S.A.W wafat di dalam rumah saidatina Aisyah r.a. Bukan dlm rumah saidatina Fatimah dan Ali r.a. Nabi tidak menyebut Ummati sebanyak 3 kali. Tetapi baginda menyebut bahkan Allah lah yg tertinggi sebanyak 3 kali. Mohon penulis rujuk semula kitab2 mengenai kisah kewafatan nabi. Rujuk kitab Ibnu Hisham atau Fiqh Sirah Nabawiyyah atau Raheeq al- Makhtum.

  9. Ya alloh berilah aku kekuatan untk terus beribadah hanya kepadamu aku menyembah dan hanya kepada mu aku minta pertolongan

  10. Subhanaallah…menetes air mataq membaca ini,,
    Semoga qt termsuk org2 yg selalu taat kpd Allah SWT dan selalu mengikuti sunah Baginda Rasulallah Muhammad SAW…selalu menjadi umat yang setia.Aamiin

  11. Sungguh mengharukan sekali cerita BEliau smoga kita bisa meniru perilaku Beliau yg harus di contoh oleh semua umat nya…dan semoga ja Aklak dan perilaku beliau kita dapat meniru nya… Dan kelak kita akan mengalami nya gak tw kita waktu nya kpn…

  12. Subhanallah walhamdulillah walaa illahaillallahu Allahu Akbar, Allahumma sholli ala sayyidina Muhammad….!!!!

  13. Ya allah aq sampai meneskan air mata ,karena sdh amt dlm atas ke cintaan ku pda rosullah alaihisalam

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s